ku begini seperti selalu membilang waktu yang berlalu
entah berapa lama aku tak sedarinya berapa lama harus menunggu
aku mimpikan cahaya suram, cahaya bertukar cahaya indah
semoga tiba hari bersinar ruang hati menyuluh arah jalan kembali
ku tunggu hari perubahan barat timur selatan
meniti doa malam dan siang teranyamnya semula ikatan
sayang hanyalah semua mimpi kenyataan nya langit dan bumi
aku disini engkau disana sayup jauh terpisah
entah kerana sayangku ataupun kerana sabarku, ku menunggu
airmata dan senyuman antara mimpi dan harapan
adalah rindu semilu menghiris kalbu
terlalu menyayangimu, di akhirnya terkorban diri
menyedari itu aku pasrah segala kepada tuhan